Wednesday, February 25, 2009

~sign in dan password~

Akaun dalam blogger ini sebenarnya dah lama, namun disebabkan masalah terlupa password, blog ini terus sunyi..
sebenarnya memang bagus adanya password untuk sekuriti dan privasi, namun dengan pemilik akaun yang pelupa dan terlalu banyak memiliki akaun lain, nak ingat sesuatu password memang menjadi masalah..

Oleh kerana terlalu sangat berdepan dengan masalah macam ni, langkah yang paling mudah dan senang diambil adalah dengan menulis password dan username dalam phone.. kadang kala bimbang juga, andai kata phone dibuka orang lain yang kurang rasa tanggungjawab.. alamatnya, habis lah semua profil diubah.. tapi lebih baik menulis dalam phone berbanding di dalam notes yang biasa... yang penting selamat...

Peperiksaan khas pegawai tadbir dan diplomatik baru saja berakhir.. dan kebetulan soalan esei yang keluar bagi seksyen e berkaitan dengan privasi.. namun privasi mengenai penggunaan cctv.. sekarang hampir semua orang bercakap mengenai kepentingan privasi, semalam radio terhangat di Malaysia juga turut memilih topik pencerobohan privasi sebagi topik pagi.. tiba-tiba semua orang mementingkan privasi... peribadi, sulit dan rahsia... kenapa agaknya baru sekarang privasi jadi penting? Dalam awal era lepas merdeka rasanya ke'privasi'an macam ni tidak pula diperkatakan.. nenek-nenek, makcik-makcik dulu selamba saja mandi berkemban... tiada pula terasa tergugat ke'privasi'an mereka.. atau sekarang ni, dah ramai sangat yang menceroboh ke'privasi'an orang lain sehinggakan ke'privasi'an tergugat? Mungkin...

Sambung lagi cerita privasi... kali ni bercakap tentang friendster pula.. ramai kawan yang memilih untuk menjadikan profil mereke profil yang private.. dan dengan susah payah kawan yang ini perlu 'memohon' untuk melawat profil kawan tersebut.. memang tiada salahnya, cuma bukankah lebih baik kalau dibiarkan public, senanglah ziarah menziarahi berlaku, kenal berkenalan terjadi...kadang kala kawan kepada kawan kepada kawan ini mahu juga meluaskan perkenalan dengan kawan kepada kawan kepada kawan ini tadi... memang tak semua yang melawat tadi yang dikenali, dan yang sama liga dengan pemilik profil tadi... kadang kala comment yang diberi juga tidak berapa boleh diterima...tapi komen tersebut boleh dipadam kan? ini bukan mengata mana-mana pihak, cuma luahan rasa semata... jangan marah...

Semoga blog ini tidak lagi sunyi... password itu penting... jangan sesekali terlupa... MEEEIOOWWW!!

password Pictures, Images and Photos