Wednesday, July 10, 2013

tanggungjawab.tugas.kerja

hooiiitt orang orang maya...

pejam celik pejam celik sudah menjangkau 4 tahun  diri ini bekerjaya.. dengan kata lain diri ini serharusnya telah masuk tahap dua di alam pekerjaan peringkat rendah.. dan menjadi perkara yang logikal diri ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang boleh dibanggakan .. seharusnya..

namun yang sedihnya, pengetahuan dan kemahiran yang ada pada diri ini berada pada tahap yang tidak dibanggakan langsung oleh empunya diri...terasa bagai tetap berdiri pada tahap yang dulu tanpa perkembangan dan peningkatan diri.. 

4 tahun berada di tempat ini, tanpa pergerakan yang benar-benar menggerakkan.. statik, stupor, kaku, kejat dan yang malangnya menghakis diri..

kadang terfikir... betapa aku perlu menggerakkan diri, memajukan langkah, menghayun tangan ke depan..

kadang terfikir... apa aku yang kurang usaha... yang kurang peka ... kurang ke depan..

atau aku begini kerana kurang dorongan yang betul betul menolak...  tiada kepercayaan dari yang mereka yang mengarah...entah.. mungkin aku perlu mengubah diri... membawa corak baru yang boleh aku palitkan warna yang lebih baik pada buku perkhidmatan..

pada hakikatnya manual penting dalam alam kerja ini tidak lain tidak bukan, amanah, rasa tanggungjawab dan semestinya disiplin diri...

wahai diri coraklah laluan kerjaya yang boleh dibanggakan...