Wednesday, May 27, 2009

~perempuan ibarat.......~


saya sukakan makanan.. dan kebanyakan benda banyak yang saya anologikan sama dengan makanan...

salah satunya perempuan...
bagi saya perempuan ibarat kek...
kanapa.... entah...

1) perempuan ibarat kek kerana perempuan dan kek sama-sama dihias cantik dengan hiasan yang berwarna-warni...

2) perempuan ibarat kek kerana perempuan dan kek sama-sama akan dipilih melalui betapa cantiknya hiasan luarannya... kek yang dipilih di kedai pertama-tamanya dipilih berdasarkan kecomelan dan kecantikan isingnya, begitu juga perempuan... lelaki pertama-tamanya akan menilai kecantikan seorang perempuan terlebih dahulu dan seterusnya barulah menilai perkara-perkara lain...

3) namun, apabila ising kek yang ingin dibeli dilihat tercomot sedikit, kek tersebut tidak jadi dibeli...sama seperti perempuan, apabila perempuan tadi dilihat ada kekurangan, lelaki tadi tidak akan memilih permpuan tadi untuk dijadikan pasangan..

jika diambil perumpamaan tadi, jika seorang perempuan bebas untuk mengikut mana2 lelaki, berpegangan tangan, berpelukan tanpa segan silu di khalayak ramai, bukankah ianya seperti sama dengan ising yang comot tadi... tidak akan dibeli walaupun tahu yang kek tadi masih tidak dimakan oleh sesiapa..

4) kek yang sedap pada kebiasaannya tak cantik.. dan kek yang cantik pula tak semestinya sedap... ambik contoh kek pisang atau kek buah, walau tak cantik namun tetap ramai yang menyukainya setelah mencuba... dan seperti juga perempuan, tak semestinya tak cantik tak baik, tak bagus...

kek yang tak cantik tapi sedap...



perempuan yang tak cantik tapi ada kelebihan...


namun ramai yang melihat perempuan yang tak cantik tak bagus... tak cuba untuk mengenali atau memberi peluang kepada perempuan tak cantik tadi mengenalkan diri...hu hu kadang-kadang manusia ini terlalu menilai luaran berbanding dalaman sesuatu...

5) dan satu lagi tak lupa, harga kek makin cantik makin mahal dan makin berat makin mahal...
kalau dibandingkan dengan perempuan pun macam lebih kurang... makin cantik makin high mantainance..... dan makin berat pun sama juga... high mantainance... hu hu hu...

No comments: