Tuesday, June 23, 2009

~ pindah rumah.. ~

mulai minggu depan, berkemungkinan saya akan berpindah ke tempat baru... hu hu selamat tinggal kehidupan asrama... selamat tinggal...

setelah menghabiskan masa lebih kurang 6 bulan tinggal di kolej kediaman, bermulalah kehidupan baru di rumah sewa... bagaimanalah agaknya.... dah lama benar tak benar tak menjalani hidup di sebuah 'rumah'... yang menyeronokkan ada rakan yang menawarkan diri untuk memasak... hu hu semakin tak sabar rasanya nak merasa masakannya... maklumlah empunya diri ini hanya tahu makan... memasak jauh sekali...

sebenarnya perancangan pindah rumah ni bermula beberapa hari lepas setelah menerima makluman dari pihak kolej bahawa bilik untuk kami kemungkinan tiada... memang seperti tidak dialu-alukan kami di sini... tapi tak mengapa, tidak kami merempat andai tiada tempat tinggal...


Friday, June 19, 2009

~ sakit kepala...~




sebaik sahaja tamat temuduga di wisma negeri, malam itu juga saya bertolak balik ke serdang... penatnya hanya tuhan yang tahu... menaiki bas lewat malam membuatkan saya sampai di pudu pada awal pagi, seawal jam 5.30 pagi.... dan dengan mamai dan rasa sakit pinggang yang amat, saya berjalan menuju ke lrt...nasib saya baik... perjalanan ke stesen lrt tidak langsung digugat rasa cemas dan takut... hu hu 'menumpang lindung' sepasang kekasih... kalau bersendirian tak kan rasanya saya ke stesen lrt selagi matahari tak bersinar.. penatnya....

akhirnya tepat jam 6.00 pagi stesen lrt dibuka....dan tanpa menunggu dengan lebih lama, menyeret beg pakaian saya menyerbu kaunter jualan tiket... dan tiket ke tasik selatan dibeli... penatnya....

dari stesen tasik selatan, saya menaiki pula komuter ke serdang ...... penatnya....

perjalanan dan penantian saya di stesen lrt dan komuter sebenarnya banyak mengajar saya...

1) banyak orang banyak ragam..

sepanjang beberapa jam di stesen bas, lrt dan komuter, saya lihat terdapat beberapa kategori manusia.... antara kategori yang saya dapat kelaskan adalah ::
  • setia - seorang kekasih sanggup menunggu bas buah hati seawal jam 4.00 pg, semata-mata untuk memastikan kekasih hati selamat sampai dan selamat berjalan ke stesen lrt.. namun, timbul juga kesangsian, adakah kesetiaan ini bukan dibuat-buat? atau mungkin hanya ketika sedang hangat bercinta...?
  • penyayang - seorang ibu sanggup menaiki komuter menghantar anaknya ke sekolah setiap hari dengan sanggup berhabis tenaga dan wang belanja tiket.. seorang ibu sanggup berkorban sedemikian hanya untuk memberikan anak pelajaran... bayangkan pula persiapan sebelum ke sekolah, sarapan, pakaian yang bergosok kemas yang mana disediakan ibu tadi....sesungguhnya syurga di bawah telapak kaki ibu..
  • rajin - saya lihat seorang pelajar masih sempat menelaah pelajaran sementara menunggu komuter sampai... bagusnya... sempat juga saya lihat dia mengeluarkan kalkulator untuk membuat kira-kira... bagusnya...
  • baik hati - mesin tiket di stesen tasik selatan rosak dan hanya menerima duit syiling, dan ada seorang lelaki yang kekurangan duit syiling... tanpa disangka-sangka seorang budak sekolah menghulurkan beberapa keping syiling kepada lelaki tadi... bukan sebagai tukaran tetapi diberikan sahaja... masih ada rupanya yang baik hati..

  • sombong - langsung tidak patut, seorang lelaki tanpa segan silu duduk dengan selamba sedang ada seorang datuk tua yang masuk ke dalam tren...dan yang lagi membuatkan saya bengang dengan selamba tidur...geram betul...
kadang-kadang terfikir... mecamana pandangan orang terhadap saya...?

2) budi bahasa itu penting...

selamat sampai di serdang, saya menaiki sebuah teksi untuk ke rumah mak saudara... untuk mengambil kereta yang ditinggalkan di rumahnya... pemandu teksi yang saya naiki adalah seorang lelaki tua berbangsa melayu...dan sebelum saya masuk ke dalam teksi pak cik tersebut memberi salam... terkejut saya... sebelum ini,apabila saya menaiki teksi soalan yang ditanya adalah destinasi saya... dan saya menaiki teksi tersebut dengan lapang dada dan dengan tidak disedari saya sempat mendoakan pakcik tadi murah rezeki... agaknya sudah berapa ramai yang mendoakan pakcik tadi...


penatnya..... saya sampai di bilik jam 7.30 pagi, dan masih ada 1 jam setengah sebelum waktu pejabat.... penatnya...

~ hari itu satelah sekelumit tidur saya ke kelas dengan rasa bagaikan kekurangan air di dalam kepala..... aduuussssshhhh sakitnya kepala....~


Wednesday, June 17, 2009

~ dah selamat....~

semalam saya telah selamat menjalani satu sesi temuduga untuk jawatan pegawai teknologi maklumat.... dan temuduga tersebut berjalan dengan agak lancar... di sini nak diceritakan serba sedikit mengenai temuduga semalam....

*****
**cerita mengenai pakaian....

hu hu... mememasuki tempat berkumpulnya calon-calon temuduga, saya agak kepenatan..... perjalanan selama 1 jam setengah dari dungun ke kuala terengganu membuatkan saya kehilangan hampir separuh tenaga... dan apabila menjengah calon-calon temuduga yang lain, peratusan tenaga saya makin susut... mak aihhh... bergaya sungguh mereka semua...dan lagaknya layak seperti seorang pegawai... kasut tumit tinggi, wajah berseri dengan mekap, siap dengan kot lagi... dan saya, 'memperagakan' baju kurung 2 tahun lepas yang sudah agak redup serinya, kasut esarli tanpa tumit dan berbedakkan talkum baby johnson... hu hu agaknya berapa markah keterampilan saya??



** cerita tentang soalan


puuuhhhhh....lama betul menunggu giliran... dah nasib badan sebagai calon terakhir yang tiba... dan akhirnya saya dijemput masuk ke bilik temuduga... 2 orang penemuduga sedang menunggu... dan bermulalah sesi soaljawab... dan ini adalah antara soalan yang ditanya...



panel pertama ::
  • apa yang awak tahu mengenai ppsmi? anda sokong atau tidak? Kenapa?
  • awak tahu mengenai krisis yang melibatkan korea utara? Bagi pandangan anda, bagaimana mengatasi krisis tersebut?
  • bagaimana pendapat anda mengenai integriti dalam melaksanakan tugas? apakah kesannya terhadap sektor kerajaan atau swasta?
panel kedua::
  • ceritakan sedikit mengenai pembangunan projek anda ini? fasa-fasa yang terlibat, bagaimana kemu implementasikan sistem ini?
  • what is inheritance in object oriented programming? what are the benefits?
dan berbuih la jugak mulut ini menjawab soalan yang ditanya... alhamdulillah,nasib baik soalan yang ditanya kena dengan tahap pengetahuan diri...

** cerita pasal temuduga lagi...

apa yang dapat saya lihat dalam sesi temuduga tersebut adalah persaingan untuk jawatan ini adalah sangat tinggi... untuk satu bilik temuduga, calon yang dipanggil adalah lebih kurang 10 orang... dan di wisma negeri terengganu, bilik yang disediakan untuk temuduga adalah 2 bilik... temuduga pula berjalan sepanjang minggu... maksudnya untuk seminggu temuduga hampir 140 calon yang hadir....

soalan yang ditanya pula kebanyakannya adalah soalan mengenai pengetahuan am dan amat sedikit soalan berkaitan it... kadang-kadang soalan yang diluar bidang it yang langsung tidak berkaitan dengan jawatan juga ditanya...

orang yang datang lambat selalu ketinggalan.... hu hu.... pelajaran dari kesilapan diri... datang lambat menyebabkan diri lambat ditemuduga... dan apabila lambat ditemuduga, penemuduga sudah kehilangan semangat untuk menemuduga... dan soalan yang ditanya akan diselit soalan-soalan menduga...

*****
rasanya itu saja lah yang rajin ditaip di sini... untuk cerita yang lagi panjang lebar.... tanya saya di dunia bukan maya .....

~pesan buat sahabat yang akan ditemuduga..... buat yang terbaik, pakai yang terbaik, jawab dengan jawapan yang terbaik dan.....kesimpulannya segalanya yang terbaik...


Thursday, June 11, 2009

~ saya suka filem....~

saya memang suka menonton filem.... tak kira lah di panggung, atau di rumah... jika diberi pilihan genre filem yang saya suka, saya akan katakan yang saya teramat sukakan filem-filem aksi, filem-filem yang diinspirasikan dari kisah benar, filem-filem animasi dan filem-filem superhero yang ada alter ego..

dan genre romantik, filem hantu akan membuatkan saya berfikir 2-3-4-5-6 kali untuk menonton...juga filem tempatan... akan membuatkan saya berfikir banyak banyak banyak kali sebelum memilih untuk menontonnya.... bukan tidak menyokong filem tempatan, namun menonton filem yang tidak kena dengan citarasa boleh membuatkan saya sakit kepala...

dan apabila saya sukakan sesebuah filem, saya tidak akan jemu-jemu menonton filem tersebut walau berulang kali... dan semalam, entah ke berapa kali saya menonton kembali filem Shooter (2007) lakonan mark wahlberg.... dan masih tidak bosan...

saya sukakan filem ini kerana ianya adalah sebuah filem aksi yang agak taktikal dan teknikal.....







namun, terdapat beberapa jenis filem yang membuatkan saya tidak akan atau cuba menumpukan perhatian.... iaitu filem yang diadaptasi dari buku yang telah saya baca... filem harry potter, the da vinci code, ayat-ayat cinta tidak menarik minat saya untuk menontonnya... ini adalah kerana melalui pembacaan, saya membayangkan cerita dan watak yang berlainan sama sekali dengan filem... dan ianya membuatkan saya kecewa...

mana tidak kecewa...lain yang saya bayangkan di dalam buku, lain yang ditayangkan di layar perak... harry potter yang pucat, robert langdon yang tua dan fahri yang kurus...dan yang pastinya heroinnya bukan saya.... hu hu hu...

kadangkala apabila menonton filem luar negara, muncul rasa sedih apabila memikirkan filem tempatan... setiap kali filem tempatan baru yang keluar di pawagam, pastinya filem cintan cintun. ataupun filem hantu.. dan ada kalanya filem yang dikeluarkan langsung tidak dibuat kajian terlebih dahulu... pilihan pelakonnya pula pasti sama.... tidak ada usaha untuk mencari bakat-bakat baru.... penerbit dan pengarah pula dalam lingkungan yang sama... cerita yang ditayangkan pula bagai boleh diagak kesudahannya...ooooh...banyaknya ngomelan saya...

tunggulah, nanti bila berkesempatan akan saya tulis skrip sendiri, arah filem sendiri dan terbitkan filem sendiri...dan kalau ada pendapatan yang lebih,saya wujudkan panggung wayang saya sendiri.... hu hu hu...

~ filem kita budaya kita..... ?? ~

p/s :: terima kasih kepada yang setia menunggu post dari saya...

Wednesday, June 10, 2009

~ ini ada cerita baru...~

ini ada cerita baru dari saya.....

bermula dari cerita dari kampung dulu...
**rumah nenek saya dirobohkan....sedih.... dan gembira.....



rumah nenek saya terletak di atas bukit, di kuantan... dan semalam rumah nenek saya telah dirobohkan dan kawasan tersebut diratakan.... untuk membina rumah baru untuk nenek... agak sedih sebenarnya apabila memikirkannya....rumah nenek sebenarnya banyak menyimpan kenangan masa kecil saya.... saya tinggal bersama nenek hampir 2 tahun.... dan sepanjang 2 tahun tersebut banyak kenangan yang tak dapat saya lupakan.... dan kini tempat bermain dan jatuh saya hilang dan akan digantikan dengan tempat baru.... dan kenangan baru pula akan muncul.. dalam kesedihan, saya gembira juga sebenarnya... nenek akan dapat rumah baru, yang lebih baik, lebih teguh dan mungkin lebih cantik...

**mak saya dah sihat...

hampir sebulan mak saya menderita sakit kepala...dan kini akhirnya mak dah sihat...dah boleh bercerita, berlawak dan yang menyeronokkan dah mula membebel lagi kepada kami adik beradik...saya teramat gembira.... kadang-kadang rasa diri ini kurang bersyukur.... kurang rasa terima kasih kepada Dia yang memberikan segala nikmat....

**saya masuk mesyuarat...

hu hu... pertama kali masuk mesyuarat sebagai seorang pekerja.... berdebar... takut ditanya soalan yang saya tidak tahu jawapannya... mesyuarat kali ini, team leader untuk developer membentangkan prototype sistem yang telah disiapkan untuk AIM...dan melalui pengamatan saya sebagai seorang yang tidak berpengalaman, sistem tersebut agak bagus... dan mesyuarat turut diselang seli dengan cerita dari dr azman, cerita mengenai virus, genom malaysia institut, mosti dan bio teknologi... sememangnya seorang yang berpengetahuan tinggi.. dan saya hanya diam mendengar dan menyampuk sedikit-sedikit seperti seorang budak baik....

rasanya ini adalah cerita yang agak baru berlaku kepada saya.... tak banyak nak diceritakan bila kelas sedang berjalan... memikirkan betapa banyaknya baris sql statement yang perlu ditaip....ooohhhhh..... banyaknya.....

~ budak baru di kalangan orang yang dah lama akan jadi budak paling baik dalam bilik mesyuarat.... betul??....~

Tuesday, June 9, 2009

~ hari saya bekerja...~

woiiiitttttt......

orang-orang maya sekalian.....~

semalam hari isnin adalah hari saya bekerja... dan semalam saya telah mengikuti projek manager ke ampang untuk site visit... dan tempat lawatan saya adalah amanah ikhtiar malaysia cawangan pusat ampang di wangsa maju...

semalam adalah antara hari yang banyak memberikan pangetahuan baru kepada saya... antaranya adalah betapa bergunanya google map... hu hu hu... walaupun bukan saya yang memandu, namun semalam saya telah memegang peranan yang teramat penting dalam sesi pemanduan di litar lebuhraya dan kawasan wangsa maju... sebagai navigator pemanduan @ gps bernyawa... memang bernyawa.... dan kadang-kadang bernyawa dengan terputus-putus mengikuti arahan dan memberi arahan... hanya tuhan yang tahu... mengejar masa dalam kesesatan yang nyata..

pengetahuan yang kedua yang saya pelajari adalah makan di kedai mamak adalah lebih bagus....setelah sampai di tempat yang dituju, saya telah diajak untuk minum pagi di sebuah kedai makan yang agak cantik...saya hanya memesan teh tarik namun masa yang diambil untuk menarik teh tersebut teramatlah lama... sehinggakan hampir kering idea saya mencari topik perbualan...dan akhirnya, teh yang ditarik tadi sampai, dan seperti jangkaan saya, rasa teh tersebut tidaklah begitu menarik... dibandingkan dengan kedai mamak, pesanan yang diambil disiapkan dengan cepat dan rasanya pula tidaklah begitu teruk...



pengetahuan baru yang saya perolehi pada hari ini adalah, toyota camry adalah sebuah kereta yang gedabak besarnya... untuk ke tempat lawatan kedua, saya telah menumpang kereta team leader kami, sebuah toyota camry... selama ini saya hanya biasa menaiki dan memandu kereta kancil yang kecil molek dan apabila memasuki sebuah kereta yang lebih besar sedikit saiznya, saya terasa agak teruja... canggih betul kereta-kereta keluaran terbaru.... ditambah dengan aksesori tambahan seperti 6 in 1 video display lagi... wah..... nak kereta macam ni juga....

pengetahuan baru lagi, hari ini saya telah berkenalan dengan musuh no 1 along... hu hu hu hu.... mendebarkan... suspen... dan penuh kejutan... musuh along ni ramai perempuan dan ketua musuh along ni adalah seorang lelaki yang sering tersenyum... hari ini sebenarnya saya telah berkenalan dengan pegawai dari amanah ikhtiar malaysia... AIM sebenarnya adalah sebuah badan yang memberikan pinjaman kepada mereka yang susah dan kurang senang tanpa sebarang cagaran dan interest... juga tanpa undang-undang... dan salah satu cerita menarik yang saya peroleh, ada di antara pegawai bertugas diculik along sebagai amaran agar tidak lagi mengacau periuk nasi rantai besi mereka...

walaupun telah hampir petang, saya masih lagi berkesempatan menambah pengetahuan baru.... banyak betul belajar hari ini...kalau putus cinta jangan bunuh diri... jangan terjun flat....kes ini berlaku di sebuah flat tempat lawatan kami... seorang remaja lelaki telah terjun dari tingkat 17 flat tersebut....kerana putus cinta....dan hasil terjunan tiruk , lelaki tersebut telah jatuh dan tersangkut pada motosikal yang diparking di bawah flat, dan seterusnya membawa kepada kematian yang mengerikan...



setelah mengikuti pembelajaran sepanjang hari.... saya akhirnya pulang ke QB kepenatan.....penat...penat...penat...

~ seronok belajar banyak benda baru....~

Friday, June 5, 2009

~ warna ungu...~

dalam dunia terdapat berbagai-bagai warna.... dan warna yang sentiasa mendapat tempat dalam hati saya adalah warna ungu....



di sebalik warna ungu....

  • warna ungu dikatakan bersifat kekuasaan. warna ungu juga dikatakan mistik, sentiasa dikaitkan dengan 'royalti' dan spiritual.... warna ungu terhasil dari gabungan warna yang panas, merah dan warna sejuk, biru...
  • warna ungu dikatakan warna kegemaran cleopatra, dan pada suatu masa dahulu hanya golongan diraja eropah sahaja yang dikatakan dibenarkan memakai pakaian berwarna ungu.
  • warna ungu juga dikaitkan dengan kebijaksanaan, imiginasi dan kreatif
  • Ungu, warna yang identik dengan kesetiaan, kepuasan
  • warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempengaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain
~ suka sangat warna ungu....~

Wednesday, June 3, 2009

!! dunia dah tak selamat...!!

betul, dunia sekarang dah tak selamat.... jangan lagi ditanya kenapa...

pertama.....

dah bermacam penyakit dan kesakitan yang melanda penduduk dunia..

salah satunya virus selsema babi, h1n1..

ARKIB : 30/05/2009

14,772 kes H1N1 di seluruh dunia

PUTRAJAYA 29 Mei - Jangkitan virus influenza A (H1N1) di dunia telah meningkat kepada 14,772 kes berbanding 14,671 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, peningkatan kes H1N1 telah dilaporkan di Australia dengan 80 kes, China (2), Hong Kong (3), Jepun (4) dan Republik Korea (12).

''Sehingga pukul 8 pagi hari ini, 50 negara telah terjejas oleh wabak H1N1 dengan 96 kes kematian dilaporkan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Mohd. Ismail bagaimanapun menegaskan, tiada kes baru H1N1 dikesan di Malaysia sejak kes terakhir dilaporkan pada 16 Mei lalu.

''Sehingga kini sebanyak 310 kes telah dimasukkan ke wad isolasi untuk tujuan penyiasatan di mana hanya dua orang sahaja yang disahkan sebagai positif," katanya.

Tambahnya, tujuh orang yang diletakkan di bawah kuarantin rumah selepas berinteraksi dengan pesakit H1N1 dari Singapura dan Taiwan dilaporkan dalam keadaan sihat.

''Kesemua mereka memberikan kerjasama yang baik kepada Kementerian Kesihatan," katanya

kedua......

perang dunia ketiga macam nak mula je.....?

ARKIB : 27/05/2009

Korea Utara mahu tunjuk kuasa nuklear baru

Oleh ISMAIL HASHIM YAHAYA

KEJAYAAN Korea Utara melancarkan ujian nuklear bawah tanah membuktikan bahawa ia mahu muncul sebagai antara negara kuasa nuklear dunia.

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap melaporkan, rejim komunis itu turut melancarkan tiga ujian peluru berpandu jarak dekat dari tapak ujian di timur laut negara komunis tersebut.

Sementara itu, Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) milik Korea Utara pula melaporkan, Pyongyang "berjaya melakukan ujian nuklear bawah tanah sebagai sebahagian langkah untuk meningkatkan persenjataan nuklear bagi mempertahankan diri".

Rejim itu turut menyifatkan ujian terbaru tersebut sebagai "paras baru daripada sudut kuasa letupan dan teknologi".

Perkembangan terbaru itu pastinya akan membuatkan Amerika Syarikat (AS) tidak lagi boleh menafikan Korea Utara sebagai kuasa nuklear baru.

Ujian nuklear kelmarin cukup mengejutkan dunia kerana keupayaannya melancarkan ujian kedua dalam tempoh tidak sampai dua bulan. Pada 5 April lalu, Pyongyang melancarkan roket yang dipercayai untuk menguji teknologi peluru berpandu jarak jauh.

Pihak Rusia mengesahkan ujian bawah tanah terbaru berdekatan dengan Kilju di utara negara tersebut menyamai bom atom yang digugurkan ke atas Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada akhir Perang Dunia Kedua lalu.

Persoalan sekarang ialah bagaimana Korea Utara boleh membuat persediaan ujian dan melepasi pemantauan satelit atau laporan perisikan? Ia menjejaskan kredibiliti Kementerian Pertahanan Korea Selatan dalam menghidu maklumat awal mengenai bila dan di mana ujian berkenaan.

Persoalan kedua ialah kenapa jadual ujian itu begitu ketat? Maksudnya dua ujian dalam tempoh dua bulan. Dan apakah motif Kim Jong-il melancarkannya? Adakah untuk memaksa AS duduk semeja bagi dialog dua hala untuk memperakuinya sebagai antara kuasa nuklear utama dunia?

Mungkin Korea Utara ingin menegaskan kepada AS supaya jangan memandang rendah kepada kekuatannya kerana ia boleh memberi ancaman kepada Korea Selatan dan Jepun.

Perkembangan itu menimbulkan kebimbangan kerana Jepun pastinya tidak akan mendiamkan diri. Selain itu, China juga pasti tidak mahu hegemoninya sebagai kuasa nuklear di Asia dicabar.

Pelancaran ujian berkenaan juga pastinya menjejaskan rundingan enam pihak melibatkan kedua-dua Korea, AS, Rusia, China dan Jepun. Korea Utara dalam kenyataannya sebelum pelancaran mengejut itu kelmarin menyatakan, ia tidak akan kembali kepada rundingan enam pihak tersebut.

Malah ia lebih bersikap keras kepala selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat kenyataan mengecam pelancaran peluru berpandu jarak jauh Taepodong-2 pada awal bulan lalu.

Ujian nuklear itu juga dilihat sebagai usaha mengalihkan perhatian daripada pergolakan politik dalaman Korea Utara. Ketika ini, khabar angin mengenai siapakah pewaris takhta Jong-il semakin bertiup kencang. Beliau mahu anaknya, Kim Jong-un menggantikannya tetapi dikatakan ada usaha untuk menidakkan hasrat tersebut.

Jong-il mahu anaknya itu mengetuai hubungan baru Korea Utara-AS dan mendesak kuasa besar itu memperakui Pyongyang sebagai kuasa nuklear serantau.

Penganalisis kanan mengenai Korea Utara dari Institut Kajian Penyatuan, Choi Jin-wook berkata, ujian tersebut membuktikan ramalan pihaknya bahawa Korea Utara benar-benar mahu menyertai "kelab nuklear dunia".

"Mereka mahu perubahan segera dalam dasar AS. Mereka percaya ia boleh dilakukan,'' tegasnya. Sementara itu, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Takeo Kawamura berkata, Korea Utara ternyata melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB dengan pelancaran ujian nuklear tersebut.

"Kita tidak akan bertoleransi dengan perkara ini," tegasnya.

Jepun akan meminta Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang tergempar untuk membincangkan perkara tersebut.

Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak pula menganggap ujian itu sebagai provokasi dan kini mengarahkan lebih 680,000 anggota tenteranya bersiap sedia.

Perdana Menteri Britain, Gordon Brown turut menyelar ujian itu dan menyifatkannya sebagai "berbahaya kepada dunia" dan bakal menggagalkan prospek damai di Semenanjung Korea.

Rundingan ASEAN dan Korea Selatan yang sedang berlangsung sepatutnya mengadakan perbincangan berhubung perkara itu kerana tempias ancaman Korea Utara akan turut dirasai sehingga ke rantau Asia Tenggara.

PENULIS ialah Pensyarah di Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia

ketiga......

pemanasan global yang semakin dahsyat.... sehinggakan earth hour terpaksa diadakan untuk kononnya menyejukkan suhu dunia... entahlah berjaya ke tidak....

jadi, orang-orang maya sekalian,apa yang kita patut buat....??



~bunga telur dan nasi minyak...~

selamat pengantin baru... bermula sahaja cuti sekolah undangan perkahwinan pun mencurah-curah datang... terima kasih atas jemputan dan maaf kerana tak dapat datang...

ucapan tahniah dan selamat pengantin baru yang pertama diucapkan kepada sahabat yang tersayang Suriani yang telah selamat diijabkabul pada 31 mei yang lepas.... maaf kerana tak dapat menghadiri hari bahagia sue... ucapan yang kedua kepada salah seorang staf di Quantum Beez, Kak Farah juga pada 31 mei yang lepas... maaf juga kerana tak dapat datang...

rasanya tak perlu lah di ceritakan di sini kenapa tak dapat datang.... yang pasti saya sentiasa doakan kebahagian kamu semua...

sedikit pasal cinta........
*****

dari novel ayat-ayat cinta



Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya. Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali. Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari…. Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah

*****
petikan sajak dari novel tautan hati



Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan,
Mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan,
Mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif ‘taaruf’ dan ’serasi’ dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah,
Batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.

- Fatimah Syarha Mohd. Noordin

****
petikan sajak dari novel ketika cinta bertasbih



“Benar.Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan.Kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan.Hanya cinta kepada Allah yang tidak.Jika kau mencintai seseorang ada dua kemungkinan diterima dan ditolak.Jika ditolak pasti sakit rasanya.Namun jika kau mencintai Allah pasti diterima.Jika kau mencintai Allah,engkau tidak akan pernah merasa kehilangan.Tidak akan ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu.Tidak akan ada yang akan merampas Allah.Jika kau bermesraan dengan Allah,hidup bersama Allah,kau tidak akan pernah berpisah denganNYA.Allah akan setia menyertaimu.Allah tidak akan berpisah darimu.Kecuali kamu sendiri yang berpisah dariNYA.Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah ‘Azza Wa Jalla”.

*****