sebaik sahaja tamat temuduga di wisma negeri, malam itu juga saya bertolak balik ke serdang... penatnya hanya tuhan yang tahu... menaiki bas lewat malam membuatkan saya sampai di pudu pada awal pagi, seawal jam 5.30 pagi.... dan dengan mamai dan rasa sakit pinggang yang amat, saya berjalan menuju ke lrt...nasib saya baik... perjalanan ke stesen lrt tidak langsung digugat rasa cemas dan takut... hu hu 'menumpang lindung' sepasang kekasih... kalau bersendirian tak kan rasanya saya ke stesen lrt selagi matahari tak bersinar.. penatnya....
akhirnya tepat jam 6.00 pagi stesen lrt dibuka....dan tanpa menunggu dengan lebih lama, menyeret beg pakaian saya menyerbu kaunter jualan tiket... dan tiket ke tasik selatan dibeli... penatnya....
dari stesen tasik selatan, saya menaiki pula komuter ke serdang ...... penatnya....
perjalanan dan penantian saya di stesen lrt dan komuter sebenarnya banyak mengajar saya...
1) banyak orang banyak ragam..
sepanjang beberapa jam di stesen bas, lrt dan komuter, saya lihat terdapat beberapa kategori manusia.... antara kategori yang saya dapat kelaskan adalah ::
- setia - seorang kekasih sanggup menunggu bas buah hati seawal jam 4.00 pg, semata-mata untuk memastikan kekasih hati selamat sampai dan selamat berjalan ke stesen lrt.. namun, timbul juga kesangsian, adakah kesetiaan ini bukan dibuat-buat? atau mungkin hanya ketika sedang hangat bercinta...?
- penyayang - seorang ibu sanggup menaiki komuter menghantar anaknya ke sekolah setiap hari dengan sanggup berhabis tenaga dan wang belanja tiket.. seorang ibu sanggup berkorban sedemikian hanya untuk memberikan anak pelajaran... bayangkan pula persiapan sebelum ke sekolah, sarapan, pakaian yang bergosok kemas yang mana disediakan ibu tadi....sesungguhnya syurga di bawah telapak kaki ibu..
- rajin - saya lihat seorang pelajar masih sempat menelaah pelajaran sementara menunggu komuter sampai... bagusnya... sempat juga saya lihat dia mengeluarkan kalkulator untuk membuat kira-kira... bagusnya...
- baik hati - mesin tiket di stesen tasik selatan rosak dan hanya menerima duit syiling, dan ada seorang lelaki yang kekurangan duit syiling... tanpa disangka-sangka seorang budak sekolah menghulurkan beberapa keping syiling kepada lelaki tadi... bukan sebagai tukaran tetapi diberikan sahaja... masih ada rupanya yang baik hati..
- sombong - langsung tidak patut, seorang lelaki tanpa segan silu duduk dengan selamba sedang ada seorang datuk tua yang masuk ke dalam tren...dan yang lagi membuatkan saya bengang dengan selamba tidur...geram betul...
2) budi bahasa itu penting...
selamat sampai di serdang, saya menaiki sebuah teksi untuk ke rumah mak saudara... untuk mengambil kereta yang ditinggalkan di rumahnya... pemandu teksi yang saya naiki adalah seorang lelaki tua berbangsa melayu...dan sebelum saya masuk ke dalam teksi pak cik tersebut memberi salam... terkejut saya... sebelum ini,apabila saya menaiki teksi soalan yang ditanya adalah destinasi saya... dan saya menaiki teksi tersebut dengan lapang dada dan dengan tidak disedari saya sempat mendoakan pakcik tadi murah rezeki... agaknya sudah berapa ramai yang mendoakan pakcik tadi...
penatnya..... saya sampai di bilik jam 7.30 pagi, dan masih ada 1 jam setengah sebelum waktu pejabat.... penatnya...
~ hari itu satelah sekelumit tidur saya ke kelas dengan rasa bagaikan kekurangan air di dalam kepala..... aduuussssshhhh sakitnya kepala....~
2 comments:
Seribu Orang Seribu Ragam,namun, hanya allah saja yang tahu keikhlasan keragaman sesorang,
pelajar, remaja,pasangan kekasih, ibu, lelaki tua dan pemandu teksi.
cukuplah menjadikan pengalaman anda pada mlm tersebut lengkap.
semoga tuhan mencucuri rahmat dan murahkan rezeki puan..
"Jadilah Bangsa Yang Bijaksana, Memegang Tali Memegang Timba, Memiliki ekonomi Mencipta Budaya, Menjadi Tuan Di Negara Merdeka"
~ terima kasih.... ~
Post a Comment