Wednesday, April 20, 2011

~ percintaan yang sejati atau kebodohan yang nyata ? ~

semalam saya baru sahaja selesai menonton sebuah drama bersiri dari korea...

sebuah drama komedi romantik yang boleh dikatakan meruntun jiwa, menjerut trakea dan kadang kadang seperti membuatkan koklea agak tersumbat... ceritanya menghiburkan dan sememangnya menarik...

ceritanya begini, secara ringkasnya....

seorang arkitek menyewa rumah seorang wanita dengan harapan dapat meniru senibina rumah tersebut bagi memenangi sebuah projek pembinaan.... dan dengan tidak sengaja, menimbulkan salahsangka perempuan tersebut bahawa dia adalah seorang gay...maka berlakulah pelbagai insiden yang membawa saya, sebagai penonton kepada simptom luar biasa di atas...

dan antara yang benar - benar menarik saya untuk berfikir,berfikir dan berfikir dan seterusnya berfikir lagi adalah apabila watak perempuan tadi menyatakan kesanggupannya menjadi isteri kepada lelaki yang disangkanya gay tadi... kononnya untuk menutup mata keluarga dan masyarakat mengenai masalah ketidaksejatian lelaki tadi...

apakah ini percintaan yang sejati atau kebodohan yang nyata??

  • apakah benar cinta sejati boleh menjadikan seorang wanita sanggup mempunyai suami yang menganggap si isteri sama seperti mesih basuh, peti sejuk atau periuk nasi...?
  • apakah benar cinta sejati boleh menjadikan seorang wanita sanggup mempunyai suami yang melayan seorang isteri sebagaimana si isteri melayan seorang kak limah, mak eton atau adik fifi ?
  • apakah benar cinta sejati boleh menjadikan seorang wanita sanggup mempunyai suami yang lebih suka menghabiskan masa dengan abang leman, pak talib atau joe?

atau ini adalah salah satu dari beberapa contoh dan sampel kebodohan yang nyata...??
  • apakah bodoh wanita ini ingin menghabiskan sepanjang hidupnya berada di sisi insan tercinta?
  • apakah bodoh wanita ini cuba menjaga nama baik dan air muka keluarga lelaki ini dari keaiban besar?
  • apakah bodoh wanita ini cuba membahagiakan lelaki ini dengan caranya sendiri?

dan saya terus lagi berfikir dan berfikir... kadang kata orang cinta itu buta ada betulnya, kadang betul kata orang kentut kekasih pun boleh jadi wangi,kadang betul kata orang demi cinta lautan api sanggup direnangi...

bercinta dan mencintai sesuatu yang subjektif... penyampaian dan penerimaan cinta ada banyak kaedahnya... namun bercintalah berpada-pada, jangan sampai melangkaui batas agama, jangan sampai merosak diri...

heart Pictures, Images and Photos

Tuesday, April 19, 2011

~ kulat dan lumut ~

Woit orang-orang maya sekalian...

hu hu sudah dua tahun blogger ditinggalkan ... waa... rasanya memang dah berkulat dan berlumut post kat sini...

sebenarnya saya sekarang dah kurang sikit jiwa nak tulis menulis ni... hatta status kat 'muka buku' saya pun tidak berubah..

sememangnya tahap kemalasan diri agak tebal... ditambah dengan kekangan masa dan kemudahan.... ditambah lagi dengan ada rasa kurang penting...

dan hari ini entah kenapa, saya terasa ingin melawat laman blogger... mungkin ada aura kerajinan menulis terjangkit dari adik yang baru bertatih ke dunia blogging... rasa tercabar... rasa segan segan kucing lama tak endahkan laman ni... kut??

hu hu... sememangnya sejak bermulanya alam pekerjaan, rasa minat untuk menulis semakin cenderung ke arah sifar... rasa minat mengarang dah semakin hilang terang... mungkin situasi dan kondisi alam baru lebih kepada teknikal dan praktikal teknologi yang kurang penggunaan bahasa... lebih kepada nombor dan jargon IT... atau sememangnya hilang imun terhadap penyakit m... kut??

kadang terfikir... melangkah alam baru mengurangkan peluang untuk memenuhi kepuasan minat atau sememangnya komitmen tugas memberi kedudukan lebih penting dari minat?? direnung kembali... novel terakhir yang dibaca adalah pada tahun lepas, manga kegilaan terakhir dimuatturun juga adalah pada tahun lepas, post terakhir di blogger adalah dua tahun lepas... dengan cerita tawaran kerja... apa dah jadi?? kerjaya menghalang minat... kut??

mmmm... masa untuk berubah... berubah dengan pengurusan masa dan peribadi yang lebih baik... biar boleh menjadi seorang yang bekerjaya dengan kepuasan melakukan aktiviti yang diminati... dan kali ini biarlah tahun 2011 yang masih berbaki 3 suku ini menjadi yang lebih terisi dengan wadah kerjaya dan minat... biar boleh diasimilasikan kerja dan minat... jangan sampai laporan kerja tahunan bercampur aduk dengan kisah perang ninja sudah... kut??

dan mungkin bermula sekarang.. segala kulat dan lumut hijau kuning perang pada laman ini diracun...biar makin berkembang subur laman ini...

p/s : terima kasih kepada pembawa jangkitan aura ...




Sunday, September 6, 2009

~ cerita puasa...~

hari ini alhamdulillah saya menerima satu berita yang amat menggembirakan... surat panggilan lapor diri bagi jawatan yang saya temuduga beberapa bulan lepas telah selamat sampai ke rumah... alhamdulillah, dengan berkat ramadhan kali ini, saya harapkan segalanya berjalan dengan sempurna... mendapat peluang menjawat jawatan yang saya impikan sejak belajar lagi sememangnya bagaikan mimpi menjadi nyata bagi saya..... alhamdulillah...

semalam baru saja terjemahan rasa tidak puas hati dengan kerja sekarang dipost dan hari ini, berita gembira menceriakan kembali hati ini... hu hu ... terima kasih kepada Dia, yang mengatur segalanya...

bercerita mengenai ramadhan, saya masih tidak berkesempatan lagi mencoretkan mengenai bulan mulia ini di sini... dan rasanya masih belum terlambat untuk menulis sesuatu...

setiap kali ramadhan, yang selalu bermain di kepala saya pastinya.... sejuknya bangun bersahur, kurma kotak, bazar ramadhan, moreh terawih dan tidak terkecuali bunga api dan mercun..

saya mula berpuasa sejak dari darjah satu lagi.... mula belajar puasa di tadika lagi.. tapi separuh hari... hu hu budak-budak lagi... pada masa itu puasa pun mahu diupah... di sekolah rendah teringat satu peristiwa yang agak memalukan... ketika itu saya dan 2 lagi adik bersekolah kafa pada waktu pagi, dan bersekolah kebangsaan pada sebelah petang... salah seorang adik saya di tadika dan pada hari tersebut membawa bekal air milo... kelas habis pada jam 11 pagi dan cuaca pada hari itu agak terik... teringat akan bekal yang adik saya bawa tadi, saya dengan spontan meminta air milo tadi... dan tanpa segan silu gulp gulp saya meneguknya di hadapan ibu bapa yang menunggu anak masing-masing... melihat saya minum, adik saya yang turut sama meminum air milo tadi... nyaman.... hilang dahaga... tiada di antara kami yang teringat yang kami berpuasa... sehinggalah hampir habis air tadi diminum,barulah adik saya yang di tadika menegur... kaklong tak puasa ke? ketika itu, barulah terperasan mata-mata yang memandang... dan kami terus berlari meninggalkan kawasan sekolah... hu hu memalukan... ketika itu tidak silap saya, saya di darjah 4....

setiap kali ramadhan, sudah menjadi kebiasaan bagi ayah untuk ke bazar ramadhan... dan kuih yang menjadi kewajipan antaranya ketupat pulut, onde-onde dan pastinya asam gumpal... he he saya pasti tidak semua yang tahu kuih yang saya sebutkan di sini... onde-onde dan asam gumpal adalah kuih tradisi terengganu yang saya pasti sukar ditemui di tempat lain... onde-onde adalah lebih kurang sama dengan buah melaka, namun rasanya ramuan yang digunakan adalah berbeza, walaupun intinya masih lagi gula melaka atau 'nisang', kata orang terengganu... asam gumpal pula sejenis kuih dari biji sagu yang berintikan kacang dan berkuah lemak... hu hu hu... sukar untuk digambarkan di sini... insyaallah ada kesempatan saya letakkan gambarnya sekali...

pengalaman terawih yang tidak dapat saya lupakan adalah ketika berterawih di sekolah pada tingkatan satu... pada masa itu saya mula baru mula mengenali hidup berasrama... seronok berterawih bersama kawan... pada suatu hari, seorang rakan sakit perut, dan dengan 'kebijaksanaan' saya, saya mencadangkan kawan tadi minum soya... dan hari iu kami sama-sama tidak berterawih dan terpaksa berulang ke tandas... hu hu... pengalaman yang menyebabkan saya sakit perut kembali... kelakar...

kecil-kecil dulu bulan puasa adalah masa untuk bermain pada waktu malam... habis sahaja berbuka, kawan akan berkumpul di hadapan rumah,masing-masing membawa tanglung dan memasang lilin... dan ketika zaman saya, mercun yang saya main hanyalah mercun bawang,yang kecil dan berbunyi dengan hanya mencampakkannya ke tanah, tanpa sumbu dan tidak berbahaya... tidak seperti mercun zaman kini yang pelbagai...

sememangnya puasa membawa pelbagai kenangan, setiap tahun dengan cerita yang berbeza.. dan diharapkan ramadhan tahun ini juga akan turut membawa pelbagai kenangan baru yang manis-manis belaka... dan juga semoga ramadhan tahun ini membawa diri ini ke arah yang lebih baik di dunia mahupun di akhirat... amin...


Tuesday, June 23, 2009

~ pindah rumah.. ~

mulai minggu depan, berkemungkinan saya akan berpindah ke tempat baru... hu hu selamat tinggal kehidupan asrama... selamat tinggal...

setelah menghabiskan masa lebih kurang 6 bulan tinggal di kolej kediaman, bermulalah kehidupan baru di rumah sewa... bagaimanalah agaknya.... dah lama benar tak benar tak menjalani hidup di sebuah 'rumah'... yang menyeronokkan ada rakan yang menawarkan diri untuk memasak... hu hu semakin tak sabar rasanya nak merasa masakannya... maklumlah empunya diri ini hanya tahu makan... memasak jauh sekali...

sebenarnya perancangan pindah rumah ni bermula beberapa hari lepas setelah menerima makluman dari pihak kolej bahawa bilik untuk kami kemungkinan tiada... memang seperti tidak dialu-alukan kami di sini... tapi tak mengapa, tidak kami merempat andai tiada tempat tinggal...


Friday, June 19, 2009

~ sakit kepala...~




sebaik sahaja tamat temuduga di wisma negeri, malam itu juga saya bertolak balik ke serdang... penatnya hanya tuhan yang tahu... menaiki bas lewat malam membuatkan saya sampai di pudu pada awal pagi, seawal jam 5.30 pagi.... dan dengan mamai dan rasa sakit pinggang yang amat, saya berjalan menuju ke lrt...nasib saya baik... perjalanan ke stesen lrt tidak langsung digugat rasa cemas dan takut... hu hu 'menumpang lindung' sepasang kekasih... kalau bersendirian tak kan rasanya saya ke stesen lrt selagi matahari tak bersinar.. penatnya....

akhirnya tepat jam 6.00 pagi stesen lrt dibuka....dan tanpa menunggu dengan lebih lama, menyeret beg pakaian saya menyerbu kaunter jualan tiket... dan tiket ke tasik selatan dibeli... penatnya....

dari stesen tasik selatan, saya menaiki pula komuter ke serdang ...... penatnya....

perjalanan dan penantian saya di stesen lrt dan komuter sebenarnya banyak mengajar saya...

1) banyak orang banyak ragam..

sepanjang beberapa jam di stesen bas, lrt dan komuter, saya lihat terdapat beberapa kategori manusia.... antara kategori yang saya dapat kelaskan adalah ::
  • setia - seorang kekasih sanggup menunggu bas buah hati seawal jam 4.00 pg, semata-mata untuk memastikan kekasih hati selamat sampai dan selamat berjalan ke stesen lrt.. namun, timbul juga kesangsian, adakah kesetiaan ini bukan dibuat-buat? atau mungkin hanya ketika sedang hangat bercinta...?
  • penyayang - seorang ibu sanggup menaiki komuter menghantar anaknya ke sekolah setiap hari dengan sanggup berhabis tenaga dan wang belanja tiket.. seorang ibu sanggup berkorban sedemikian hanya untuk memberikan anak pelajaran... bayangkan pula persiapan sebelum ke sekolah, sarapan, pakaian yang bergosok kemas yang mana disediakan ibu tadi....sesungguhnya syurga di bawah telapak kaki ibu..
  • rajin - saya lihat seorang pelajar masih sempat menelaah pelajaran sementara menunggu komuter sampai... bagusnya... sempat juga saya lihat dia mengeluarkan kalkulator untuk membuat kira-kira... bagusnya...
  • baik hati - mesin tiket di stesen tasik selatan rosak dan hanya menerima duit syiling, dan ada seorang lelaki yang kekurangan duit syiling... tanpa disangka-sangka seorang budak sekolah menghulurkan beberapa keping syiling kepada lelaki tadi... bukan sebagai tukaran tetapi diberikan sahaja... masih ada rupanya yang baik hati..

  • sombong - langsung tidak patut, seorang lelaki tanpa segan silu duduk dengan selamba sedang ada seorang datuk tua yang masuk ke dalam tren...dan yang lagi membuatkan saya bengang dengan selamba tidur...geram betul...
kadang-kadang terfikir... mecamana pandangan orang terhadap saya...?

2) budi bahasa itu penting...

selamat sampai di serdang, saya menaiki sebuah teksi untuk ke rumah mak saudara... untuk mengambil kereta yang ditinggalkan di rumahnya... pemandu teksi yang saya naiki adalah seorang lelaki tua berbangsa melayu...dan sebelum saya masuk ke dalam teksi pak cik tersebut memberi salam... terkejut saya... sebelum ini,apabila saya menaiki teksi soalan yang ditanya adalah destinasi saya... dan saya menaiki teksi tersebut dengan lapang dada dan dengan tidak disedari saya sempat mendoakan pakcik tadi murah rezeki... agaknya sudah berapa ramai yang mendoakan pakcik tadi...


penatnya..... saya sampai di bilik jam 7.30 pagi, dan masih ada 1 jam setengah sebelum waktu pejabat.... penatnya...

~ hari itu satelah sekelumit tidur saya ke kelas dengan rasa bagaikan kekurangan air di dalam kepala..... aduuussssshhhh sakitnya kepala....~


Wednesday, June 17, 2009

~ dah selamat....~

semalam saya telah selamat menjalani satu sesi temuduga untuk jawatan pegawai teknologi maklumat.... dan temuduga tersebut berjalan dengan agak lancar... di sini nak diceritakan serba sedikit mengenai temuduga semalam....

*****
**cerita mengenai pakaian....

hu hu... mememasuki tempat berkumpulnya calon-calon temuduga, saya agak kepenatan..... perjalanan selama 1 jam setengah dari dungun ke kuala terengganu membuatkan saya kehilangan hampir separuh tenaga... dan apabila menjengah calon-calon temuduga yang lain, peratusan tenaga saya makin susut... mak aihhh... bergaya sungguh mereka semua...dan lagaknya layak seperti seorang pegawai... kasut tumit tinggi, wajah berseri dengan mekap, siap dengan kot lagi... dan saya, 'memperagakan' baju kurung 2 tahun lepas yang sudah agak redup serinya, kasut esarli tanpa tumit dan berbedakkan talkum baby johnson... hu hu agaknya berapa markah keterampilan saya??



** cerita tentang soalan


puuuhhhhh....lama betul menunggu giliran... dah nasib badan sebagai calon terakhir yang tiba... dan akhirnya saya dijemput masuk ke bilik temuduga... 2 orang penemuduga sedang menunggu... dan bermulalah sesi soaljawab... dan ini adalah antara soalan yang ditanya...



panel pertama ::
  • apa yang awak tahu mengenai ppsmi? anda sokong atau tidak? Kenapa?
  • awak tahu mengenai krisis yang melibatkan korea utara? Bagi pandangan anda, bagaimana mengatasi krisis tersebut?
  • bagaimana pendapat anda mengenai integriti dalam melaksanakan tugas? apakah kesannya terhadap sektor kerajaan atau swasta?
panel kedua::
  • ceritakan sedikit mengenai pembangunan projek anda ini? fasa-fasa yang terlibat, bagaimana kemu implementasikan sistem ini?
  • what is inheritance in object oriented programming? what are the benefits?
dan berbuih la jugak mulut ini menjawab soalan yang ditanya... alhamdulillah,nasib baik soalan yang ditanya kena dengan tahap pengetahuan diri...

** cerita pasal temuduga lagi...

apa yang dapat saya lihat dalam sesi temuduga tersebut adalah persaingan untuk jawatan ini adalah sangat tinggi... untuk satu bilik temuduga, calon yang dipanggil adalah lebih kurang 10 orang... dan di wisma negeri terengganu, bilik yang disediakan untuk temuduga adalah 2 bilik... temuduga pula berjalan sepanjang minggu... maksudnya untuk seminggu temuduga hampir 140 calon yang hadir....

soalan yang ditanya pula kebanyakannya adalah soalan mengenai pengetahuan am dan amat sedikit soalan berkaitan it... kadang-kadang soalan yang diluar bidang it yang langsung tidak berkaitan dengan jawatan juga ditanya...

orang yang datang lambat selalu ketinggalan.... hu hu.... pelajaran dari kesilapan diri... datang lambat menyebabkan diri lambat ditemuduga... dan apabila lambat ditemuduga, penemuduga sudah kehilangan semangat untuk menemuduga... dan soalan yang ditanya akan diselit soalan-soalan menduga...

*****
rasanya itu saja lah yang rajin ditaip di sini... untuk cerita yang lagi panjang lebar.... tanya saya di dunia bukan maya .....

~pesan buat sahabat yang akan ditemuduga..... buat yang terbaik, pakai yang terbaik, jawab dengan jawapan yang terbaik dan.....kesimpulannya segalanya yang terbaik...


Thursday, June 11, 2009

~ saya suka filem....~

saya memang suka menonton filem.... tak kira lah di panggung, atau di rumah... jika diberi pilihan genre filem yang saya suka, saya akan katakan yang saya teramat sukakan filem-filem aksi, filem-filem yang diinspirasikan dari kisah benar, filem-filem animasi dan filem-filem superhero yang ada alter ego..

dan genre romantik, filem hantu akan membuatkan saya berfikir 2-3-4-5-6 kali untuk menonton...juga filem tempatan... akan membuatkan saya berfikir banyak banyak banyak kali sebelum memilih untuk menontonnya.... bukan tidak menyokong filem tempatan, namun menonton filem yang tidak kena dengan citarasa boleh membuatkan saya sakit kepala...

dan apabila saya sukakan sesebuah filem, saya tidak akan jemu-jemu menonton filem tersebut walau berulang kali... dan semalam, entah ke berapa kali saya menonton kembali filem Shooter (2007) lakonan mark wahlberg.... dan masih tidak bosan...

saya sukakan filem ini kerana ianya adalah sebuah filem aksi yang agak taktikal dan teknikal.....







namun, terdapat beberapa jenis filem yang membuatkan saya tidak akan atau cuba menumpukan perhatian.... iaitu filem yang diadaptasi dari buku yang telah saya baca... filem harry potter, the da vinci code, ayat-ayat cinta tidak menarik minat saya untuk menontonnya... ini adalah kerana melalui pembacaan, saya membayangkan cerita dan watak yang berlainan sama sekali dengan filem... dan ianya membuatkan saya kecewa...

mana tidak kecewa...lain yang saya bayangkan di dalam buku, lain yang ditayangkan di layar perak... harry potter yang pucat, robert langdon yang tua dan fahri yang kurus...dan yang pastinya heroinnya bukan saya.... hu hu hu...

kadangkala apabila menonton filem luar negara, muncul rasa sedih apabila memikirkan filem tempatan... setiap kali filem tempatan baru yang keluar di pawagam, pastinya filem cintan cintun. ataupun filem hantu.. dan ada kalanya filem yang dikeluarkan langsung tidak dibuat kajian terlebih dahulu... pilihan pelakonnya pula pasti sama.... tidak ada usaha untuk mencari bakat-bakat baru.... penerbit dan pengarah pula dalam lingkungan yang sama... cerita yang ditayangkan pula bagai boleh diagak kesudahannya...ooooh...banyaknya ngomelan saya...

tunggulah, nanti bila berkesempatan akan saya tulis skrip sendiri, arah filem sendiri dan terbitkan filem sendiri...dan kalau ada pendapatan yang lebih,saya wujudkan panggung wayang saya sendiri.... hu hu hu...

~ filem kita budaya kita..... ?? ~

p/s :: terima kasih kepada yang setia menunggu post dari saya...