Wednesday, May 27, 2009

~perempuan ibarat.......~


saya sukakan makanan.. dan kebanyakan benda banyak yang saya anologikan sama dengan makanan...

salah satunya perempuan...
bagi saya perempuan ibarat kek...
kanapa.... entah...

1) perempuan ibarat kek kerana perempuan dan kek sama-sama dihias cantik dengan hiasan yang berwarna-warni...

2) perempuan ibarat kek kerana perempuan dan kek sama-sama akan dipilih melalui betapa cantiknya hiasan luarannya... kek yang dipilih di kedai pertama-tamanya dipilih berdasarkan kecomelan dan kecantikan isingnya, begitu juga perempuan... lelaki pertama-tamanya akan menilai kecantikan seorang perempuan terlebih dahulu dan seterusnya barulah menilai perkara-perkara lain...

3) namun, apabila ising kek yang ingin dibeli dilihat tercomot sedikit, kek tersebut tidak jadi dibeli...sama seperti perempuan, apabila perempuan tadi dilihat ada kekurangan, lelaki tadi tidak akan memilih permpuan tadi untuk dijadikan pasangan..

jika diambil perumpamaan tadi, jika seorang perempuan bebas untuk mengikut mana2 lelaki, berpegangan tangan, berpelukan tanpa segan silu di khalayak ramai, bukankah ianya seperti sama dengan ising yang comot tadi... tidak akan dibeli walaupun tahu yang kek tadi masih tidak dimakan oleh sesiapa..

4) kek yang sedap pada kebiasaannya tak cantik.. dan kek yang cantik pula tak semestinya sedap... ambik contoh kek pisang atau kek buah, walau tak cantik namun tetap ramai yang menyukainya setelah mencuba... dan seperti juga perempuan, tak semestinya tak cantik tak baik, tak bagus...

kek yang tak cantik tapi sedap...



perempuan yang tak cantik tapi ada kelebihan...


namun ramai yang melihat perempuan yang tak cantik tak bagus... tak cuba untuk mengenali atau memberi peluang kepada perempuan tak cantik tadi mengenalkan diri...hu hu kadang-kadang manusia ini terlalu menilai luaran berbanding dalaman sesuatu...

5) dan satu lagi tak lupa, harga kek makin cantik makin mahal dan makin berat makin mahal...
kalau dibandingkan dengan perempuan pun macam lebih kurang... makin cantik makin high mantainance..... dan makin berat pun sama juga... high mantainance... hu hu hu...

~dah lama~

woittttttttt...

orang maya sekalian...

setelah sekian lama menyepikan diri, tup tup hari ni terasa nak menulis..
memang diakui, lama tidak menulis bukan kerana tiada masa namun kerana kekeringan idea, tambahan lagi terjebak dengan tarikan lain dunia maya..

dalam maksud ayat tu...

dalam selang masa tidak menulis ni, terasa banyak yang nak dikongsi bersama..
rasanya, untuk meringkaskan cerita berbulan ada baiknya tulisan ini di'point'kan..

**********
1) Mak, saya lulus periksa...~

Peperiksaan yang diceritakan di sini adalah peperiksaan pegawai tadbir dan diplomatik yang dijalankan oleh spa.. alhamdulillah peperiksaan yang mencerut perut dan melecetkan kaki ni berjaya dilalui dengan jayanya.. antara percaya dan tidak.. keputusan yang diterima... saya lulus.. namun, yang menjadi masalahnya sehingga hari ini surat rasmi keputusan masih belum diterima.. apa dah jadi?

2) Ayah, dah terima duit elaun...~

setelah hampir sebulan setengah menunggu, akhirnya duit elaun yang pertama akhirnya selamat berada di dalam dompet.. penantian yang bagaikan menunggu buah naga mengeluarkan api bagaikan berbaloi apabila akhirnya RM500 dipaparkan pada skrin atm... aku dah kaya... dan dalam masa 2 minggu, suntikan modal terpaksa dipohon dari ayah tersayang... dasar anak tabung buluh...

3) kawan-kawan, apa yang penting?...

bergelar pelatih dalam program pensijilan profesional komputer memberikan satu tanggungjawab yang agak sederhana besarnya.. dan setelah tamat modul asp.net, satu projek kumpulan perlu dilaksanakan.. dengan penuh rasa bangga, sistem tempahan tiket atas talian dipilih oleh kumpulan untuk dibangunkan.. dari bermulanya proses rekabentuk, pengaturcaraan dan persembahan kumpulan kami telah belajar sesuatu yang penting.. kawan-kawan, apa yang penting?... kerjasama!!

4) masa-masa haru biru...

akhir april lepas, mak jatuh sakit.. darah tinggi sehingga membawa kepada infark.. dan inilah antara ujian yang agak susah untuk lulus.... alhamdulillah, setelah hampir 2 minggu berkampung di KMC, mak dah sihat....dan pengalaman ini tak mungkin dilupakan....

5) tawaran, pilihan dan peluang~

sekembalinya dari perkampungan KMC, satu lagi ujian menanti... setelah 2 minggu kelas ditinggalkan, dan dengan langsung tidak mengikuti latihan jsp, projek baru diterima.. pembangunan sistem menggunakan jsp dan java... dan yang lebih menggugat urat-urat leher dan lapisan tisu adipos sekitar perut,projek ini merupakan projek yang akan digunakan dalam persekitaran sebenar.... kusut, masai, semak, gelap, kelabu asap.... masa yang diperuntukkan 2 minggu..
namun, bukan semuanya kusut... dalam kekusutan ini timbul satu perkara yang tidak berapa mengusutkan... tawaran kerja... masih lagi belum mengusutkan dan kekalutan yang pasti timbul adalah apabila bermulanya pembangunan projek di AIM dan dalam masa yang sama tawaran kerajaan dengan jawatan M41 pada julai nanti... tunggu... di persimpangan dilema...

**********

orang maya sekalian...

terima kasih kerana masih ber ruang pada papan kekunci ini berdetak....~




Wednesday, March 4, 2009

Lagu dan lirik ...

Micheal Learns To Rock:Strange Foreign Beauty

Strange foreign beauty
I'll never know what's in your heart
Does anyone know how it feels to hold you
does anyone know the secret of your mind

Strange foreign beauty
I'll never come to share your world
Does anyone know how it feels to live with you
does anyone know the secret of your life

Strange foreign beauty
You'll never know what I felt for you
Sometimes it feels like a million chances
are slipping away disappearing in the air

Post chorus:
(You'll) never know what I felt for you
you were always on my mind
(I'll) never know how it feels to hold you
how it feels to be with you


Lagu ni adalah antara lagu yang menjadi kegemaran.. bukan sahaja lagu ini sedap didengar namun ianya lagu dengan lirik yang baik...

Lagu ni banyak mengusik kenangan... terutama zaman sekolah dulu dulu..


Wednesday, February 25, 2009

~sign in dan password~

Akaun dalam blogger ini sebenarnya dah lama, namun disebabkan masalah terlupa password, blog ini terus sunyi..
sebenarnya memang bagus adanya password untuk sekuriti dan privasi, namun dengan pemilik akaun yang pelupa dan terlalu banyak memiliki akaun lain, nak ingat sesuatu password memang menjadi masalah..

Oleh kerana terlalu sangat berdepan dengan masalah macam ni, langkah yang paling mudah dan senang diambil adalah dengan menulis password dan username dalam phone.. kadang kala bimbang juga, andai kata phone dibuka orang lain yang kurang rasa tanggungjawab.. alamatnya, habis lah semua profil diubah.. tapi lebih baik menulis dalam phone berbanding di dalam notes yang biasa... yang penting selamat...

Peperiksaan khas pegawai tadbir dan diplomatik baru saja berakhir.. dan kebetulan soalan esei yang keluar bagi seksyen e berkaitan dengan privasi.. namun privasi mengenai penggunaan cctv.. sekarang hampir semua orang bercakap mengenai kepentingan privasi, semalam radio terhangat di Malaysia juga turut memilih topik pencerobohan privasi sebagi topik pagi.. tiba-tiba semua orang mementingkan privasi... peribadi, sulit dan rahsia... kenapa agaknya baru sekarang privasi jadi penting? Dalam awal era lepas merdeka rasanya ke'privasi'an macam ni tidak pula diperkatakan.. nenek-nenek, makcik-makcik dulu selamba saja mandi berkemban... tiada pula terasa tergugat ke'privasi'an mereka.. atau sekarang ni, dah ramai sangat yang menceroboh ke'privasi'an orang lain sehinggakan ke'privasi'an tergugat? Mungkin...

Sambung lagi cerita privasi... kali ni bercakap tentang friendster pula.. ramai kawan yang memilih untuk menjadikan profil mereke profil yang private.. dan dengan susah payah kawan yang ini perlu 'memohon' untuk melawat profil kawan tersebut.. memang tiada salahnya, cuma bukankah lebih baik kalau dibiarkan public, senanglah ziarah menziarahi berlaku, kenal berkenalan terjadi...kadang kala kawan kepada kawan kepada kawan ini mahu juga meluaskan perkenalan dengan kawan kepada kawan kepada kawan ini tadi... memang tak semua yang melawat tadi yang dikenali, dan yang sama liga dengan pemilik profil tadi... kadang kala comment yang diberi juga tidak berapa boleh diterima...tapi komen tersebut boleh dipadam kan? ini bukan mengata mana-mana pihak, cuma luahan rasa semata... jangan marah...

Semoga blog ini tidak lagi sunyi... password itu penting... jangan sesekali terlupa... MEEEIOOWWW!!

password Pictures, Images and Photos